سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِالرَّحِيْـــــمِ
harap maaf pergunaan ' AKU ' dalam entry ini kepada orang lebih tua daripada biskut
Kucing comel atas ni namanya Mi. Kucing ni dulu ada budak kecil hantar dekat mak aku betul-betul depan rumah aku. Budak tu tanya kucing comel ni kucing mak aku ke? Mak aku cakap TAK. Lepas tu, budak tu bagi je dekat mak aku. Badan dia kurus. Macam tak cukup makan. Entah apa yang dia makan pun tak tahu. Mungkin kucing comel ni baru di buang oleh tuan lamanya dulu sebab tak lah nampak macam kucing 'pelarian' sangat.
Dulu, dia kurus. Tak larat nak jalan. Jalan pun terhencut-hencut. Kesian. Mungkin sakit di bahagian kakinya. Seminggu selepas aku balik dari asrama, aku tengok semakin membesar. Minggu seterusnya pun sama. Makin membesar. Comel sangat. Matanya bulat macam mata aku. Lepas tu, dia dah boleh lari-lari dah ke sana ke sini. Main sorang-sorang dia. Tapi, tetap ralik kalau aku tengok dia main. Mak aku selalu layan dia main. Sebab aku selalu main facebook je, so jarang-jarang sekali aku layan dia. Tetap layan.

tengok gambar atas tu. aku dengan Mi (kucing comel). Dulu, sambil aku study dengan mak aku dia duduk atas riba aku. Sambil tu dia jilat-jilat badan dia. Kadang-kadang sampai terjilat aku sekali. Geli weh. Lidah dia kasar. Patut sedap dia garu kulit dia. Kadang-kadang dia ganggu aku study. Dia main-main dengan pen aku, dia gigit buku aku. Biar je la. Kucing comel mana ada akal nak berfikir. Apa yang buat, ikut suka hati dia saja. Mana boleh marah. Tengok gambar atas, mata dia tengok ke arah kamera kan? Pandai betul posing. Kucing pun tahu bergambar.
Tu semua kisah dulu-dulu. Sekarang, dia dah mati. Kesian dia. Mak angkat dia cari-cari dia sampai ke dalam rumah. Meow..meow..meow.. Walaupun mak angkat dia tu ada jugak 3 baby. Tapi yang paling dia rapat ialah dengan Mi. Sebab tu, bila Mi mati dia meow..meow tak henti-henti. Bising pun ada. Tapi, dia faham yang anak angkat dia dah tak ada. Dia tahu. Dia macam manusia juga. Ada perasaan kot. Maybe! Tapi, memang kucing pun ada perasaan sedih antara kucing. Opps, sebab Mi mati sebab kena langgar. Dia kan galak, so asyik berlari-lari je. Kesian dekat mak aku, sebab dengan Mi dia selalu manja-manja. Tapi, tak apa masih ada 4 ekor kucing lagi.
Kalau nak tengok kucing-kucing aku yang lain boleh klik sini. Tapi, bukan semua kucing aku ada dalam gambar tu.
Kucing ni manja sebenarnya. Jangan takut bila dicakar kucing. Cuma kena berhati-hati. Bila time dia tengah galak jangan cuba lah nak usik dia. Memang mendapat nahas lah tu. Haha. Serius, memang kucing boleh jadi member kita :)
anda rajin ke , tidak rajin ke . tetap kenaa klikkk , klikk cepat ! HAAA.
